Friday 21 September 2018

MEMAHAMI PEMBUATAN ASID SULFURIK


    Asid sulfurik yang nama lamanya ialah minyak vitriol ialah asid minyak yang kuat . Formula kimianya ialah H₂SO₄





KEGUNAAN ASID SULFURIK




  • Pembuatan baja iaitu ammonium sulfat
  • Pembuatan detergen dalam sabun
  • Pembuatan cat dan pewarna
  • Pembuatan racun perosak
  • Pembuatan bahan plastik ( nilon )
  • Membuat polimer
  • Elektrolit dalam akumulator asid-plumbum
  • Sebagai agen penaggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam
  • Membuat gentian sintetik

STATISTIK PENGGUNAAN ASID SULFURIK





MENERANGKAN PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK SECARA INDUSTRI














  1.  Leburan sulfur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida , SO₂ 
  2. Gas yang terhasil ditulen dan disejukkan . S ( ce ) + O₂ ( g ) = SO ( g ) 
  3. Sulfur dioksida SO₂ ,  dan gas oksigen O yang berlebihan disalurkan melalui mangkin vanadium ( V ) oksida V₂O₅ pada suhu 400C - 500C dan tekanan 1atm untuk menghasilkan sulfur trioksida SO₃ . 2SO₂ ( g ) + O₂ ( g ) = 2SO₃ ( g ) .
  4. Kira kira 99.5% sulfur dioksida ditukarkan menjadi sulfur trioksida melalui tindak balas berbalik itu .
  5. Sulfur trioksida , SO₃ dilarutkan dalam asid sulfurik , H₂SO₄  pekat untuk membentuk oleum  H₂S₂O₇  ( ce ) .  SO₃  ( g ) + H₂SO₄ ( ce ) = H₂S₂O₇ ( ce ) . 
  6. Oleum , H₂S₂O₇ dicairkan dengan cecair menghasilkan asid sulfurik H₂SO₄ pekat dalam kuantiti yang banyak . H₂S₂O₇ ( ce ) + H₂O (ce ) = 2H₂SO₄ ( ce ) . 

        FORMULA KIMIA . 

  1. S ( ce ) + O₂ ( g ) = SO ( g ) 
  2. 2SO₂ ( g ) + O₂ ( g ) = 2SO₃ ( g ) .
  3. SO₃  ( g ) + H₂SO₄ ( ce ) = H₂S₂O₇ ( ce ) .
  4. H₂S₂O₇ ( ce ) + H₂O (ce ) = 2H₂SO₄ ( ce ) . 

PUNCA SULFUR SO₂


Hampir semua sulfur dioksida berpunca daripada

  • kenderaan ( hasil pembakaran bahan api fosil )
  • sumber industri ( terbebas melalui industri menyebabkan pencemaran  udara )

PUNCA LAIN 

  • letusan gunung berapi
  • pengekstrakan logam 
  • pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum
  • pembakaran hasil buangan seperti rayon



MENERANGKAN BAHAWA SULFUR DIOKSIDA MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR




Gas sulfur dioksida telah menyebabkan hujan asid berlaku . Berikut ialah cara hujan asid terbentuk .


Gas sulfur dioksida melarut dalam air hujan dan menghasilkan asid sulfurus . 





Sulfur juga bertindak balas dengan oksigen di udara untuk menghasilkan sulfur trioksida .

Sulfur trioksida yang melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik .




Asid sulfurus dan asid sulfurik menyebabkan hujan asid dengan nilai pHnya lebih rendah daripada 5.6

Hujan asid ini berbahaya kerana ia boleh menghakis dan merosakkan bangunan yang diperbuat daripada logam , batu marmar atau konkrit .

Hujan asid juga akan mengalir ke sungai , tasik dan lautan seterusnya akan menukarkan nilai pH air dan menyebabkan hidupan akuatik mati . 

Hujan asid juga menukarkan nilai pH tanah dan menyebabkan kualiti tanam terjejas . 




LANGKAH MENGATASI HUJAN ASID 



  • Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui proses liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan; eg. tasik-tasik di West Wales, Canada telah menjalankan proses membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar, pH tasik ini 5.5 - 7.0.
  • Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.
  • Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas sulfur dioksida.
  • Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.
  • Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering digunakan oleh pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton setahun.
  • Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos.
  • Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar.
  • Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia adalah semakin meningkat.
  • Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen, ceramah atau pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar.










        
        

    3 comments:

    1. uwahh padatnya isi smpai nk terkeluaq screnn hahahhahaha. Btw good job tantekk.

      ReplyDelete
    2. tuuu banyaknya info...full. pink2 gituu. tahniah!

      ReplyDelete
    3. menarik dan berinformasi
      good job dear :)

      ReplyDelete

    MENILAI KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT

    MAKSUD BAHAN KOMPOSIT Bahan komposit ialah bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan seperti logam , aloi , kaca , seramik...