Friday 21 September 2018

MENILAI KEGUNAAN POLIMER SINTETIK

MAKSUD POLIMER 


Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul yang lain dinamakan monomer . Monomer - monomer ini barangkalinya serupa atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti . Perbezaan - perbezaan ini mungkin boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan , kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan . Dalam protein , perbezaan - perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu , bukannya menjadi lingkaran rawak . Sungguhpun kebanyakan polimer bersifat organik , terdapat juga yang berkeadaan sebaliknya iaitu polimer sintetik .



POLIMER SEMULAJADI

Polimer semulajadi ialah polimer yang diperoleh daripada benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan . Contohnya , 

  • Protein
  • Karbohidrat
  • Getah asli                                                        
  • Kanji
  • Selulosa
  • Kapas
  • Sutera
  • DNA

Polimer
Monomer
Getah asli
Isoprena
Kanji
Glukosa
Protein
Asid amino




POLIMER SINTETIK DAN KEGUNAANNYA



Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia melalui tindak balas kimia yang melibatkan pempolimeran monomer dalam industri . Contohnya ialah :








MONOMER DALAM POLIMER SINTETIK



  • Monomer etena menjadi polimer polietena
  • Monomer stirena menjadi polimer polistirena
  • Monomer amida menjadi polimer pelekat epoksi
  • Monomer propena menjadi polimer polipropena
  • Monomer metil metakrilat menjadi polimer perspek


KEGUNAAN POLIMER SINTETIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 



Penggunaan polimer sintetik sangat wajar dalam  kerana polimer sintetik dapat memudahkan kehidupan manusia seperti bahan binaan berserta sifatnya yang tidak karat , tidak mudah reput dengan adanya air , oksigen , bahan kimia lain atau matahari . Oleh itu , saintis terus membuat penyelidikan untuk menghasilkan polimer yang terkini untuk industri .

No comments:

Post a Comment

MENILAI KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT

MAKSUD BAHAN KOMPOSIT Bahan komposit ialah bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan seperti logam , aloi , kaca , seramik...