Monday 24 September 2018

NANOTEKNOLOGI

MAKSUD NANOTEKNOLOGI 

Nanoteknologi ( nanotek ) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim - jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer. Pada dasarnya , nanoteknologi ialah perluasan-perluasan sains yang sedia ada ke skala nano yang terpenting bahawa semakin kecil objek-objek , semakin besar nisbah antara luas permukaan dan isipadu . Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang legap menjadi lutsinar ( tembaga ) , bahan bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium) , pepejal menjadi ceair pada suhu bilik ( emas) dan penebat menjadi konduktor ( silikon ) . Kejayaan cemerlang nanoteknologi menghasilkan alat-alat solek seperti losen pelindung cahaya matahari yang lebih baik serta seluar kalis air .

Struktur-struktur nano terdiri daripada 3 jenis berdasarkan bilangan dimensinya :



  • satu dimensi : permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm
  • dua dimensi : nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm
  • tiga dimensi  : zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 






CONTOH NANOTEKNOLOGI


BIDANG PERUBATAN

Molekul skala nano yang pelbagai fungsi mengesan kanser dan menghantar ubat terus ke sel sasaran . 



BIDANG KOSMETIK

Penggunaan lipsomes dalam formula dadah dan kosmetik . Liposom adalah vesikel berbentuk sphera dengan membran yang diperbuat daripada dua lapis fosfolipid yang digunakan untuk menghantar bahan genetik kedalam sel . Ia boleh menyampaikan sel-sel aktif hingga ke lapisan bawah kulit dan dapat menyampaikan bahan aktif lebih cepat untuk pemulihan yang lebih cepat .



BIDANG SUKAN

Nanopartikel digunakan untuk membuat peralatan sukan yang lebih kuat , baik dan cekap . 



AEROGEL 
Aerogel ialah bahan berasaskan silikon dan mempunyai kepadatan terendah di dunia . Ia terbentuk dari 99.8% udara dan buih dengan ketumpatan 3miligram per sentimeter padu . Versi terbaru dan paling ringan dalam bahan ini mempunyai kepadatan 1.9 mg per cm3 dihasilkan oleh Laboratium National Lawrence Livermore . Ia digelar blue smoke atau frozen smoke . 





NANOTIUB

Nanotiub






ALAT PENJAGAAN MUKA DARI GABUNGAN NANO OXYGEN DAN NANO BIOWHITE






NANO FACE MOISTURIZER




KEBAIKAN NANOTEKNOLOGI


BIDANG PERUBATAN

Melalui nanoteknologi , enjin nano telah dicipta untuk perubatan . Contohnya , penderita darah tinggi , tidak perlu lagi disuntik dengan ubat . Hanya sembur sahaja ke bahagian tertentu .

BIDANG INDUSTRI

Aplikasi nanoteknologi dalam industri sangat luas . Nanoteknologi dapat membuat kapal angkasa dari bahan komposit yang sangat ringan tetapi memiliki kekuatan yang tinggi . 


ROKET DARIPADA BAHAN KOMPOSIT (ELEKTRON)



No comments:

Post a Comment

MENILAI KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT

MAKSUD BAHAN KOMPOSIT Bahan komposit ialah bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan seperti logam , aloi , kaca , seramik...