Ammonia dihasilkan melalui gas nitrogen dan gas hidrogen . Ammonia wujud dalam 3 bentuk .
- Garam ammonium yang dihasilkan daripada tindak balas antara ammonia dengan asid.
- Asid nitrik yang dihasilkan daripada pengoksidaan ammonia.
- Garam nitrat yang diperoleh daripada asid nitrik melalui tindak balas kimia
KEGUNAAN AMMONIA
- Membuat baja bernitrogen untuk tumbesaran tumbuhan .
- Membuat bahan letupan.
- Membuat gentian sintetik seperti nilon .
- Digunakan sebagai bahan mentah dalam penyediaan asid nitrik.
- Sebagai agen penyejuk dalam peti sejuk .
- Digunakan untuk menghasilkan ammonium klorida yang digunakan sebagai elektrolit dalam sel kering
- Membuat bahan pencuci .
- Digunakan untuk mencegah penggumpalan lateks .
SIFAT AMMONIA
- Gas tidak berwarna
- Ammonia mempunyai bau yang sangat sengit dan rasa seperti logam alkali atau sabun , jika dihidu , air mata boleh mengalir .
- Kurang tumpat daripada udara
- Sangat larut dalam air
- Gas ammonia boleh ditukarkan menjadi cecair pada tekanan 8 - 10 atm
- Gas ammonia mendidih pada suhu -35C pada tekanan 1atm
- Gas beralkali
PROSES PEMBUATAN AMMONIA SECARA INDUSTRI
Ammonia dihasilkan melalui tindak balas antara gas nitrogen dengan gas hidrogen dalam nisbah 1:3 mengikut isipadu .
Gas hidrogen yang diperlukan diperolehi daripada pemprosesan gas asli
Gas nitrogen pula diperolehi daripada penyulingan berperingkat udara cecair .
PROSES HABER
Pada tahun 1918 , Fritz Haber (1868 -1934 ) telah dikurniakan dengan hadiah Nobel kerana ciptaannya dalam proses Haber . Proses Haber dapat mengatasi masalah kekurangan makanan selepas Perang Dunia pertama .
SEMASA PROSES HABER :
- Campurkan gas nitrogen yang kering dan gas hidrogen tulen dengan nisbah 1:3 dan gas dimampatkan di ruang mampatan pada tekanan 200atm
- Campuran ini kemudian dialirkan melalui lapisan serbuk ferum yang dipanaskan sebagai mangkin dalam ruang tindak balas pada suhu 450C - 550C .
- Ammonia terhasil dalam ruang tindak balas tetapi tindak balas ini adalah berbalik .
- Tindakbalas penghasilan ammonia ini adalah eksotermik dan membebaskan haba . Ammonia kemudian dialirkan ke ruang penyejukkan , dicecairkan dan disingkirkan untuk memperoleh hasil yang lebih tinggi .
- Nitrogen dan hidrogen yang tidak bertindak balas dikitar semula dan dialirkan kembali ke dalam reaktor bersama dengan sumber nitrogen dan hidrogen yang baru .
👉 Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan tenaga kepada persekitaran . Proses Haber merupakan tindak balas eksotermik . Tenaga yang dibebaskan boleh menguraikan ammonia yang terbentuk kerana tindak balas penyediaan ammonia adalah berbalik dan eksotermik . Oleh sebab itulah , suhu yang sederhana tinggi pada 450C hingga 550C digunakan .
FAKTOR PENGHASILAN AMMONIA
- Suhu
- Tekanan
- Kehadiran mangkin
PERSAMAAN TINDAK BALAS
AKTIVITI UNTUK MENYEDIAKAN BAJA AMMONIUM
BAHAN
- kertas litmus merah
- larutan ammonia 2mol dm-3
- asid sulfurik cair 1mol dm-3
- air suling
- kertas turas
RADAS :
- bikar 100cm3
- rod kaca
- tungku kaki tiga
- penunu bunsen
- kasa dawai
- silinder penyukat
- mangkuk penyejat
PROSEDUR
- 25cm padu asid sulfurik disukat dengan silinder penyukat . Asid ini dituang ke dalam bikar 100cm padu
- Larutan ammonia dititis setitik demi setitik ke dalam bikar itu sementara larutan dikacau dengan rod kaca .
- Larutan yang terhasil diuji dengan kertas litmus merah dari semasa ke semasa . Penitisan larutan ammonia dihentikan sekiranya kertas litmus bertukar kepada biru (atau semasa larutan mengeluarkan bau ammonia)
- Kemudian larutan dituang ke dalam mangkuk penyejat .
- Larutan dididihkan sehingga tepu .
- Larutan tepu disejukkan pada suhu bilik . Hablur-hablur putih ammonium sulfat akan terbentuk .
- Hablur-hablur garam dituras dan dibilas dengan air suling yang sejuk .
- Hablur-hablur terbentuk dikeringkan dengan kertas turas .
PERSAMAAN KIMIA :
H₂SO₄ (ak) + 2NH₃ (ak) = (NH₄) 2SO₄ (ak)
No comments:
Post a Comment